FLEXMC UMPSA DAN SK NENASI RANGKA PROGRAM PEMERKASAAN DIGITAL GURU BERIMPAK TINGGI
FLEXMC UMPSA DAN SK NENASI RANGKA PROGRAM PEMERKASAAN DIGITAL GURU BERIMPAK TINGGI
Pekan, 31 Mac 2026
Satu mesyuarat awal bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Siri Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Digital Guru telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credential (FLEXMC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Mesyuarat ini merupakan langkah awal susulan permohonan rasmi pihak Sekolah Kebangsaan Nenasi bagi meningkatkan kompetensi guru dalam penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Awanis Romli selaku Pengarah FLEXMC. Turut hadir ialah En. Fardlie bin Zakirai @ Zakaria (Guru Besar), Pn. Nor Shahira Ilahi binti Abdullah (Guru Perpustakaan dan Media), Pn. Nurul Syafini Nabilah binti Din (Setiausaha LADAP), serta En. Muhammad Nur Akmal Shafiq bin Mohd Razali (Guru ICT). Wakil FLEXMC lain yang turut serta ialah Ts. Dr. Danakorn (Ketua Teknikal FLEXMC) dan Encik Mohd Shahri (Eksekutif Kanan FLEXMC).
Perbincangan memfokuskan kepada keperluan latihan guru dalam bidang teknologi digital berasaskan AI, reka bentuk bengkel yang bersifat praktikal serta cadangan pelaksanaan program yang dijadualkan pada 19 Mei 2026 di Sekolah Kebangsaan Nenasi.
Mesyuarat ini diakhiri dengan persetujuan bersama untuk meneruskan perancangan terperinci program serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak sekolah dan UMPSA dalam usaha memperkasa pendidikan digital selaras dengan keperluan pendidikan semasa.
Disediakan oleh:
Mohd Shahri bin Mohd Akhir
Eksekutif Kanan
Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro Credential (FELXMC)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

