FLEXMC UMPSA       

CIReL UMPSA

FLEXMC UMPSA DAN SK NENASI RANGKA PROGRAM PEMERKASAAN DIGITAL GURU BERIMPAK TINGGI

FLEXMC UMPSA DAN SK NENASI RANGKA PROGRAM PEMERKASAAN DIGITAL GURU BERIMPAK TINGGI

FLEXMC UMPSA DAN SK NENASI RANGKA PROGRAM PEMERKASAAN DIGITAL GURU BERIMPAK TINGGI Pekan, 31 Mac 2026 Satu mesyuarat awal bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Siri Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Digital Guru telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credential (FLEXMC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Mesyuarat ini merupakan langkah awal susulan permohonan rasmi pihak Sekolah Kebangsaan Nenasi bagi meningkatkan kompetensi guru dalam penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Awanis Romli selaku Pengarah FLEXMC. Turut hadir ialah En. Fardlie bin Zakirai @ Zakaria (Guru Besar), Pn. Nor Shahira Ilahi binti Abdullah (Guru Perpustakaan dan Media), Pn. Nurul Syafini Nabilah binti Din (Setiausaha LADAP), serta En. Muhammad Nur Akmal Shafiq bin Mohd Razali (Guru ICT). Wakil FLEXMC lain yang turut serta ialah Ts. Dr. Danakorn (Ketua Teknikal FLEXMC) dan Encik Mohd Shahri (Eksekutif Kanan FLEXMC). Perbincangan memfokuskan kepada keperluan latihan guru dalam bidang teknologi digital berasaskan AI, reka bentuk bengkel yang bersifat praktikal serta cadangan pelaksanaan program yang dijadualkan pada 19 Mei 2026 di Sekolah Kebangsaan Nenasi. Mesyuarat ini diakhiri dengan persetujuan bersama untuk meneruskan perancangan terperinci program serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak sekolah dan UMPSA dalam usaha memperkasa pendidikan digital selaras dengan keperluan pendidikan semasa. Disediakan oleh: Mohd Shahri bin Mohd Akhir Eksekutif Kanan Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro Credential (FELXMC) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Image
— Contact
Flexible Learning and Micro-Credential Centre (FLEXMC)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5045

Web Traffic

Today155
Yesterday601
This week1021
This month4687
Total1338229
2026-06-24