FLEXMC UMPSA       

CIReL UMPSA

UMPSA & PDRM IPK PAHANG PERKASA KERJASAMA LATIHAN DAN LALUAN AKADEMIK ANGGOTA

UMPSA & PDRM IPK PAHANG PERKASA KERJASAMA LATIHAN DAN LALUAN AKADEMIK ANGGOTA Kuantan, 10 Februari 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi Pusat Pembelajaran Fleksibel & Micro-Credentials (FLEXMC) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Pembangunan Modul Latihan (Micro Credentials) dan Peluang Pembelajaran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPK Pahang. Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengurusan, IPK Pahang itu dipengerusikan oleh YDH. ACP Muhammad Rizal bin Kamarudin (Timbalan KJPJKK) dan turut dihadiri barisan pengurusan IPK Pahang, YDH. ACP Dr. Megat Ayob bin Megat Ariffin (KJIPS), Supt Tey Kong Seng (PT Pentadbiran), ASP Tengku Mohamad Sukri bin Tengku Jusoh (PT Latihan/Sukan), SI Ruzaya binti Mohd Nor (Kebajikan) serta delegasi UMPSA yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Awanis Binti Romli, Pengarah FLEXMC. Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan pembangunan latihan secara dalam talian melalui kaedah Micro Credential (MC) serta peluasan peluang akademik anggota PDRM melalui kaedah Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL A), sejajar dengan agenda transformasi kepolisan moden yang berteraskan teknologi, data dan profesionalisme. Pendekatan ini dijangka membuka lebih banyak ruang kepada anggota PDRM untuk meningkatkan kelayakan akademik secara fleksibel tanpa menjejaskan komitmen tugas. Dalam sesi perbincangan ini juga, beberapa program telah dikenal pasti sebagai bidang berimpak tinggi yang relevan dengan keperluan operasi dan pengurusan organisasi PDRM, khususnya dalam aspek keselamatan, keselamatan siber, analitik data dan transformasi digital. Selain itu, sesi taklimat khusus kepada anggota IPK Pahang dan PDRM secara am akan diadakan sekitar Mac atau April 2026 bagi memperincikan bentuk kerjasama dan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan siri perbincangan lanjut bagi memastikan cadangan kerjasama ini dapat diangkat ke peringkat kelulusan yang lebih tinggi dan direalisasikan secara berfasa. Kerjasama strategik antara UMPSA dan IPK Pahang ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa pendidikan fleksibel dan pembangunan modal insan anggota PDRM selaras dengan keperluan era digital dan Revolusi Industri 4.0.   Disediakan oleh : Mohd Shahri bin Mohd AkhirEksekutif KananPusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro Credentials (FLEXMC)Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Image
— Contact
Flexible Learning and Micro-Credential Centre (FLEXMC)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan, Pahang

+609 431 5045

Web Traffic

Today318
Yesterday245
This week1429
This month5095
Total1338637
2026-06-25